Insiden 'black out' PRU13 nampaknya menjadi begitu heboh dan viral
sehingga menular ke segenap lapisan masyarakat. Lebih ironis, sehingga
'profile picture' di lama Facebook juga ramai yang menggunakan gambar
hitam gelap sebagai simboliknya kepada insiden black out ketika
berlangsungnya pengiraan undi di kawasan yang terlibat.

Rata-rata menyalahkan dan menuduh ini adalah konspirasi SPR bersama BN
yang kononnya ingin menambah kertas undi untuk memastikan mereka menang
di kawasan yang di sasarkan.
Namun hari ini ADUN Kuang, Shukor Idrus meminta pembangkang
menyenaraikan semua lokasi pengiraan undi yang didakwa mengalami masalah
bekalan elektrik, sehingga membawa kepada manipulasi kertas undi.
Beliau berkata dakwaan sebegitu tidak berasas dan menggesa perkara itu
dibawa ke muka pengadilan bagi membuktikan tidak berlaku apa-apa 'salah
laku' membabitkan Umno Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seperti yang didakwa.
Shukor menambah bahawa dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan jika
benar sekalipun dakwaan mereka, beliau meminta untuk pembangkang
menyenaraikan kawasan yang terbabit. Hakikanya, bukan Shukor sahaja,
ramai yang hendak tahu di mana tempat itu suapaya dapat dipastkan benar
ataupun tidak dakwaan yang digembar gemburkan pembangkang.
Dan jika benar perkara itu terjadi, mereka tidak dihalang untuk membuat
aduan dan kalau tidak benar itu boleh membuktikan mereka berniat jahat.
Mereka juga sengaja membesar-besarkan isu ini dan lebih memeranjatkan
mereka sudah bersiap sedia dengan lampu suluh seperti sudah makluam akan
terjadinya insiden b;ack out di kawasan itu.
Selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), penyokong dan
pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa terdapat manipulasi kertas undi
dilakukan bagi memastikan BN memenangi pilihan raya pada Ahad lalu.
Manipulasi itu dikatakan dilakukan dengan menggunakan taktik memutuskan
bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi berlaku.
Bagaimanapun tinjauan di laman sosial Facebook mendapati beberapa
petugas SPR menafikan hal itu. Malah mereka menyatakan rasa hairan
apabila ejen mengundi Pakatan Rakyat bersedia dengan lampu suluh sejak
dari jam 5 petang. Ia seolah-olah telah bersedia untuk kejadian bekalan
elektrik terputus. Farah Wulan yang bertugas pada pilihan raya lalu
menafikan dakwaan tersebut sekali gus menyifatkan pembangkang terlalu
'paranoid'.
Farah juga dilihat turut mempersoalkan lokasi kejadian terputusnya
bekalan elektrik memandangkan beliau sendiri merupakan petugas SPR yang
turut terlibat mengira undi di hadapan ejen parti yang bertanding.
Paling menimbulkan syak wasangka apabila terdapat ejen DAP yang
awal-awal agi sudah memabawa masuk lampu kecemasan dengan alasan takut
sekiranya terputus bekalan elektrik. Ini yang menjadi persoalannya
sekarang ini.
Nampaknya operasi ini adalah sat operasi terancang pembangkang dan
menjadikan BN sebagai mangsa untuk dipersalahkan. Red Bean Army yang
merupakan cybertroopers DAP juga disyaki terlibat dengan konspirasi
operasi black out PRU13 ini apabila video black out disiarkan lima minit
selepas 'kejadian'.
Ini menunjukkan persediaan awal telah dilakukan dan persiapan itu
ternyata amat rapi sehingga mereka dapat bergerak secara pantas dan
sangat efisien. Kalau ada akal, maka bolehlah menilai mana yang betul
mana yang silap. Tapi kalau akal ada tapi digunakan untuk menebas dan
menuding jari saja pun tak ada gunanya. Syabas pembangkang dengan 'game
black out' anda!
No comments:
Post a Comment