Say Good Bye To Breast Canser

Assalamu'alaikum

Selamat pagi semua. Hari nie bangun seperti biasa, dan bukanya luar biasa spt selalu. Semalam dpt tidur lena, terasa nyaman mungkin kerana kepenatan bermain bowling kot. Apa pun, berbaloi jua sebab setiap kali bermain bowling tak pernah menghampakan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minggu nie Q ada pergi ke hospital utk memastikan sakit yg Q rasakan selama ini adalah breast canser atau bukan. Selama setahun setengah asek dgn temu janji doktor je so apabila doktor kata ini bukanlah canser, hatiku tersangatlah bahagia dan berasa lega. Bukankah breast canser ini pembunuh number satu wanita. Sesiapa pun akan merasa takut jika mengalami nasib yg sama spt pesakit canser yg lain, tapi alhamdulillah semua teka teki sudah terjawab. ALLAHU AKHBAR


Q berdoa ini bukan canser, dan berharap andaian doktor itu adalah tepat. Doktor ada kata jika dalam setahun lump tersebut tidak ada perubahan so ia bukan canser, dan sekiranya ia bukan canser lump tersebut akan hilang sendiri kerana ia adalah normal bagi seorang perempuan jika terdapat lump pada breast mereka kerana tak semua lump itu adalah breast canser.
Kepada wanita jgn takut dan malu utk mendapatkan rawatan sekiranya terdapat lump pada breast anda kerana rawatan awal dapat merawat penyakit ini. Pilih antara satu, nak sihat atau nak sakit?

2 comments:

nurazimah said...

alhamdulillah.
semoga Allah memberi kesembuhan ^^

Aku Blogger Sempoi said...

terima kasih, amin semoga itu jua satu doa yg akan dimakbulkan oleh ALLAH SWT