gutmunink all. WEIIIII, dah jam 3 petang la..actually, Q baru bangunlah, asek baca novel sampai tak sedar terlelap. kadang pelik jua cz setiap kali baca novel mesti mata ku cepat sangat tertutup. sebab tu la novel yg ku baca lambat habis walaupun novel tu nipis je (ambek kau bahasa sabah Q)
Q sangkakan semalam hari ibu, rupanya hari nie. adehhh boleh tersalah date (malu dech!!!) tapikan bagi ku setiap hari adalah hari ibu. cube korg buka facebook dan twitter korg, semua post pasal hari ibu dan tidak kurang jua kpd blogger seperti kami nie, semua buat entry pasal hari ibu jua. terpulanglah pada pandangan masing2 kan. walaupun hari ibu itu diharamkan dlm agama islam, tapi tak salah jika kita menghargai ibu, umi, mama, ibunda, bonda kita kan. pada saat inilah kita akan mengingati setiap pengorbanan mereka membesarkan kita. segala pahit manis kehidupan mereka dah mereka curahkan kpd kita yg bergelar anak dan pada saat inilah kita sbg anak perlu membalas jasa dan pengorbanan mereka dan bukanya mengusahkan hidup mereka lagi. kpd mereka yg dah kehilangan ibu tu, jgn sedih tau, banyakkan berdoa kpd arwah ibu korang kerana doa anak yg soleh akan mendapat keberkatan drpd ALLAH SWT.
Entahlah kenapa sukar utk diriku menunjukan perasaan sayang kpd seseorang. bagi ku kasih sayang tu biarlah dapat dirasai dgn ketulusan hati dan bukanya kita tunjukkan kpd sesiapa. itu bagi pendapatku mengenai kasih sayang. sayangku pada mama bukan terletak pada wang ringgit, tapi sayangku pada mama terletak dari hati yg selalu ku sembunyikan kpd mama. tak pernah sekali Q menagis dihadapan mama ketika bersalam dgn mama tapi tangisan itu hadir disaat Q berada dibelakang mama. tak nak tunjukan airmata kat mama, kang tak encem :)
Terima kasih kpd mama kerana melahirkan anak mu ini walaupun org selalu menghina dan mencaci. Q tau, airmata mu selalu mengalir disaat mereka memandang serong pada ku tapi itu bukan satu alasan bagi ku utk tidak menidakan ketentuan ilahi kerana setiap kejadian itu ada hikmahnya. ALLAHU AKHBAR segala puji bagi Allah SWT

No comments:
Post a Comment