Askar Tembak Budak Sekolah Tabika
Tetiba rindu dgn anak buah kat Sandakan.. Rindu sangat..!!!!!!
Haiiiiii nama ku Muhammad Saiful Rahmat, aku sekolah di Tabika Kem Tentera Sandakan, Sabah
Nak tahu tak kenapa aku posing mcm nie, sebabnya makcik aku la.. Dia suruh kami pakai baju sekolah lepas tu dia ambil gambar.. Makcik aku tengah boring kat rumah tu, maklumlah orang tengah bercuti balik kampung halaman...
Dulu aku sekolah kat Tabika Kg Cahaya Baru tetapi setiap hari aku malas nak pergi sekolah sebab sekolah tu tak best dan nak dijadikan cerita, kawan-kawan aku pun tak best juga.. Lepas tu aku pun malas nak ke sekolah, ambil cuti sampai tahun depan..
Tahun kedua masuk tabika masa umur 6 tahun, family aku dah bagitahu yang sekolah baru aku nie tak suka kalau budak suka cuti sekolah, kalau budak tu menangis lagilah dorang tak suka.. Sebab dorg cakap "NANTI ASKAR TEMBAK..." Huuuuuu parah mcm tu kalau askar tembak
Hari pertama aku sekolah, aku dah bangun awal pagi.. Mestilah semangatkan, nak plk nanti takut askar tembak.. Masa kat sekolah tu, aku nampak ramai sangat budak yang menangis, aku pun cakaplah "ISKKK, KAU NIE MENANGIS, INI SEKOLAH BAH.. MARAH TU ASKAR KALAU MENANGIS.."
Tapi nak tahu kenapa aku semangat mahu pergi ke sekolah setiap hari, hari-hari cikgu bagi makan di kantin.. Tapikan yang aku pelik tu, family aku cakap disekolah nie ada askar tapi aku tengok tiada pun askar.. Cikgu je yang ada.. Aku tanya nenek aku pun, dia cakap ada askar di sekolah.. Pakcik aku yang askar tu pun ada juga kat sana, kalau aku menangis di sekolah pakcik aku suruh tu kawan askar dia tembak aku.. Iskkkkk mcm aku tertipulah..
Pengalaman hari pertama aku sekolah ialah balik dari sekolah aku tidur dua kali, nak tahu kat mana aku tidur.. haaaaaa aku tidu kat atas meja selepas makan, huuuu aku mengantuk sangat masa tu.. Than, nenek aku angkat aku dan letak atas katil.. Waktu maghrib baru aku terbangun, itu pun aku sambung tidur di ruang tamu.. Huuuuu biasanya makcik aku yang jadi security, nak tidur pun dia jaga kami adik beradik.. Aku mana boleh tak tidur kalau kakak-kakak aku tak tidur sekali.. Mana aci kan kalau aku je yang kene tidur sorang pastu makcik aku jaga aku.. Kakak-kakak kene lah tidur sekali.. Sebab tu aku tak suka kalau makcik aku balik ke Sandakan.. Aku suka kalau dia bawa jalan-jalan lepas tu belanja makan kfc dan beli baju utk aku..
Berbalik ke kisah awal aku, sekarang aku dah tak takut nak pergi sekolah.. I LOVE MY SCHOOL SO MUCH..!!!!
No comments:
Post a Comment