Pejam celik pejam celik tak sangka plk hanya seminggu nak raya.. Camne persiapan raya tahun nie? Gempak atau Sempoi sahaja?
Bercakap tentang puasa nie, bukanlah nak tunjuk yang diri nie baik, warak kan tetapi diri nie pelik dengan perangai sesetengah orang yang hanya menganggap bulan Ramadhan nie seperti bulan yang takde makna dlm diri dorg.. Apa cerita nie beb, tak baiklah mcm tu kan.. Puasa sekali setahun dan belum tentu lagi dapat merasainya tahun hadapan.. Tak gitu?
Bagi yang lelaki tu, janganlah disebabkan tak boleh meninggalkan rokok tu sehingga sanggup tak puasa.. Alahaiiiiiii sia-sia hidup kalau hanya menjadi hamba rokok.. Bro, merokok tu bila-bila pun boleh, bila dah berbuka tu, hisaplah rokok sebanyak kotak yang termampu
Lagi satu yang pelik bin rase nak smackdown nie, dah la tak puasa tu agak-agaklah nak merokok atau makan depan orang yang berpuasa.. Iskkkkk!!!!!!!!
Haaaaaa, yang perempuan pun sama juga.. Kita nie puasa sekali setahun tetapi yang peliknye period engkau tu tetiba plk datang sebulan.. Apesal mina? Period tak lawas ke sampai tak boleh nak puasa? Kalau orang mengandung, sedia maklumlah kalau dorg tu puasa setengah hari sebab baby kat dalam perut tu lapar sebabnye mak die tak bagi makan lagi, tetapi yang tak mengandung nie plk yang terlebih mengidam.. Alahaiiii buat malu kaum wanita sahaja.. Banyak alasan engkau bagi, dah terbiasa menipu nampaknya..
Cuba terapkan nilai murni dalam jiwa, tuluskan hati tu.. Pahala Ramadhan nie lebih besar maknanya kalau kita tahu nak hargainya.. Lagi satu, silalah hormati orang yang berpuasa, tak boleh hormati selama sebulan, cubalah hormati dalam sehari


No comments:
Post a Comment