Sejarah telah membuktikan Kesultanan
Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya
sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul
Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun
1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat
Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan"
negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya
kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia). Yang menariknya, apakah
yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar
"Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar
"Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang
berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum
Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu
Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak'
pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir
Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan
Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu
"tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989
kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi
memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia. Malah sehingga
sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar Rm5300 kepada
Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang
saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang
hasil ekonomi Sabah. Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah
sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara
lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya
milik kesultanan Sulu lagi. Dan perkara yang paling menjadi persoalan
sekarang adalah, MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70
TAHUN BARU TERHEGEH2 HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" KEATAS SABAH???
MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2?? MENGAPA "BAGINDA" MEMILIH
WAKTU SEKARANG? KENAPA??? FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH...

No comments:
Post a Comment