Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.
Menurutnya,
pemimpin Sulu sekarang ini bukanlah keturunan langsung Sultan Sulu yang
diakui Filipina pada 1974, iaitu Esmail Kiram I.
Ismael
tidak memiliki keturunan sehingga kematiannya dan takhta diturunkan
kepada orang lain. Kerajaan Filipina tidak mengakui kepimpinan Sultan
Jamalul sebagai pewaris Sulu dan mengatakan seharusnya yang memimpin
ketika ini adalah Esmail Kiram II, adik dari Esmail Kiram I.
Namun
Esmail II mengatakan bahawa dia bukanlah pewaris, melainkan putera
mahkota atau dalam bahasa Sulu disebut “sultan bantilan”. Ismael II juga
mengatakan bahawa Jamalul adalah Sultan Sulu dan penguasa Palawan dan
Sabah sejak waktu itu.
“Sejauh yang keluarga kami ketahui, Jamalul adalah pewaris Sultan,” kata Esmail.
Dengan
menunjukkan gambar riwayat keturunan Kesultanan Sulu, Aquino menegaskan
bahawa Sultan Sulu sekarang iaitu Jamalul Kiram III, memiliki keturunan
yang sangat jauh dari jawatan pemimpin.
Kajian kerajaan Filipina menunjukkan, Jamalul Kiram III adalah saudara jauh kepada Sultan Mawallil Wasit, adik Esmail II.
“Inilah persoalan yang pertama kali muncul, siapa yang seharusnya mewakili Kesultanan Sulu?” kata Aquino.
Kerajaan
Filipina juga sedang mengkaji dua dokumen mengenai sewa Sabah oleh
Kesultanan Sulu kepada syarikat British North Borneo Co. tahun 1878 yang
kemudian diambil alih Malaysia tahun 1960 an.

No comments:
Post a Comment