Sabah Adalah Rumah Kami - Tentera Sulu

Kes Pencerobohan Lahad Datu, Sabah - Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan Sabah kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka..

Sultan Jamalul Kiram berkata, kira-kira 400 pengikut termasuk 20 penembak tepat bertegas utk tinggal disana walaupun telah dikepung oleh pasukan keselamatan dan desakan kerajaan Malaysia..

"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa kpd kpd kami"
"Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu dan tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami," 

Kiram berkata beliau memutuskan utk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yg ditamatkan pada Oktober antara Manila dan Kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina..

Perjanjian itu membuka jalan pendamaian diselatan Filipina yg merupakan rumah kpd kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar org Kristian..

"Objektif utk tinggal di Sabah adalah utk selama-lamanya dan mengambil kira hak kedaulatan kami di Sabah" katanya kpd AFP

Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi.. 

"Kami mengikhtiraf keupayaan Malaysia.. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan tetapi kami mempunyai kebenaran sejarah dan kami sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang kami"




No comments: