Pada 16 Februari 2013, menerusi artikel "Benarkah DSAI dalang kemasukan tentera MNLF ke Lahad Datu Sabah?"
Dkm telah mendedahkan bahawa kemasukan sekumpulan tentera yang mendakwa
mereka sebagai Tentera Sulu ada hubung kait dengan DSAI. Fakta ini yang
pada mulanya didedahkan menerusi artikel di blog Mr Kinabalu Boy
yang mendedahkan bahawa kumpulan bersenjata ini dipercayai merupakan
anggota MNLF yang suatu ketika dahulu di bawah pimpinan Nur Misuari.
Selain itu ada yang beranggapan bahawa, kemasukan Tentera Sulu ini juga adalah bertujuan untuk menganggu Prosiding RCI
yang sedang berlangsung. Fakta ini nampak seakan-akan benar kerana,
kumpulan penceroboh tersebut meminta agar kumpulan mereka diiktiraf
sebagai Tentera Sulu yang sah dan setiap warga sulu yang berada di negeri Sabah supaya jangan dihantar semula ke negara asal.
Laporan Reuters mendedahkan bahawa, "Another
Philippine military officer said the men were followers of the heirs of
the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysia opposition politician to discuss land issues". Sehingga ke hari ini, DSAI masih membisu berhubung dengan pembabitan beliau dalam insiden pencerobohan ini.
Jika kenyataan ini diterima pakai oleh semua pihak, maka dakwaan Mr
Kinabalu Boy bahawa DSAI menjadi dalang kemasukan tentera MNLF (Tentera
Sulu) ini ke Sabah adalah benar. Akhbar tempatan (Daily Ekspress
bertarikh 18.02.2013) mendedahkan bahawa, berdasarkan rundingan di
antara pihak berkuasa tempatan dengan Tentera Sulu yang menceroboh Kg.
Tanduo telah bersetuju dengan proses pengusiran mereka tetapi terlebih
dahulu ingin berjumpa personaliti tertentu.
Pada peringkat awal pencerobohan Tentera Sulu, mereka dikhabarkan tidak
akan meninggalkan kampung itu selagi belum berjaya berjumpa "seseorang"
yang dikatakan "pemimpin" mereka yang kini berada di Sabah. Ada khabar
angin mengatakan bahawa "seseorang" itu sedang sakit, atas sebab itulah
"pencoroboh" seramai 100 orang yang lengkap bersenjata masuk ke Lahad
Datu.
"Pencoroboh" itu dikatakan walaupun membawa senjata, namun tidak
membahayakan keselamatan negara, kerana mereka tiada maksud lain.
Kedatangan mereka, hanya untuk menemui seseorang itu, dan selepas itu
akan meninggalkan Lahad Datu. Sumber daripada blogger Musram
juga mendedahkan bahawa orang yang ingin ditemui oleh kumpulan Tentera
Sulu tersebut berkemungkinan juga individu yang tersenarai sebagai
penerima BAYARAN PAMPASAN KEPADA WARIS KESULTANAN SULU FILIPINA. Namun
kesahihan fakta ini masih belum dapat dipastikan lagi.


No comments:
Post a Comment