Bapa Tampar Anak Yang Nak Pakai Tudung


Sadis betul...
 

Q mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara Q mengeliat. Mahu jatuh saham Q huhu. Tiba tiba Q teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang.

Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau Q nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak Q ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak Q dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.
Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Q bangun capai tuala, masuk bilik mandi.


Lepas mandi, Q belek-belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau Q bertudung. Q nekad! Q akan protes habis habisan kalau bapa Q tak nak juga bagi pakai tudung. Q sanggup lari dari rumah.

Demi kebaikan yang Q pilih. Lantak la dengan ahli keluarga Q yang lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi Q nak!!!! Q turun ke bawah. Baru je nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Q  jenguk melalui tingkap dan nampak bapa Q balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, Q rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa Q benarkan Q pakai tudung. Now or never! Bila bapa Q buka je  pintu, Q bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, Q kata, 

"Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!" 
Bapak Q terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!
Panggggggggggggggggggg. Bapa Q hayun penampar ke muka Q! Tersepok Q di celah set sofa. "Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."
Pangggggggggggggggggggg....! Bapaku labuh pelempang ke muka Q sekali lagi sebelum Q abis bercakap. 

"Hang jangan nak bagi Q malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali Q habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang Q boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!". 
Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH Q? SALAH KAH Q!!!!! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

1 comment:

Unknown said...

lol .. biar je lah dia nak pakai ... :D .. haha.. tau lelaki nak pakai tudung watpo ..

done follow here :D