Antara Yang TERBAIK Dan BAIK


Assalamu'alaikum
dan
Salam Hujung Minggu


Indah pandangan secantik rupawan
Hati tertawan begitu mempersonakan
Itulah ISLAM

Kadang pelik jua dgn masyarakat kita pada hari ini, bukankah perubahan seseorang itu adalah satu keunikan dan satu kebahagiaan kpd pemiliknya tetapi kenapa masih ada yg terus mempersoalkan tentang apa yg dah dilakukan oleh seseorang utk memperbaiki kelemahan diri mereka?

Bukan satu kesalahan utk menegur seseorang jika ia tepat tetapi perlulah berpadah dan sesuai dgn konteks menegur. Jangan ingat seseorang tu berubah kerana dia saja nak bagi tunjuk kat org lain atau dia berubah kerana org lain jua. Perubahan itu perlu mengambil masa yg lama dan perlu melangkah setapak demi setapak utk maju kehadapan seiring dgn perubahan yg ingin dilakukan. Memang benar jika dilakukan sekadar hangat2 taik ayam sahaja, peratus kebarangkalian utk berubah adalah 0%, oleh itu perubahan itu perlulah dilakukan dgn nawaitu yg kuat dan memerlukan sokongan drpd org terdekat. Bukan mudah utk menjadi yg TERBAIK tapi berubah utk menjadi yg TERBAIK itu amat mudah jika dilakukan dgn penuh keikhlasan.

Setiap manusia tak penah melakukan kesilapan dan jgn hanya kesilapan tersebut mereka yg ingin berubah terus dicaci dan dihina. Sekurang2nya mereka ada keazaman utk berubah kearah kebaikan dan sedarlah wahai insan, seteruk mana pun cacian itu, tanpa kamu sedari ia adalah pembakar semangat utk seseorang berubah kearah yg lebih TERBAIK dan bukanya BAIK.

1 comment:

Anonymous said...

Hi. Sudi jenguk n follow my page menjual tudung empat segi dgn design unik...

http://squarescarf.blogspot.com

or LIKE my fb

www.facebook.com/SquareScarf

Tq. :)