jehan pun pergi ke meja makan dan menjamah sepotong peha ayam
"okey, jadi ko dh makan skg"
dee menyambung bermain gitar di sofa
"bertenang sahajalah kwn. apa masalah ko, jgn difikirkan sangat"
"apa teruk sangatkah nampaknya aku nie dee? nampak bermasalah sangatkah dee?"
"secara literalnya tidaklah teruk sangat tapi secara alegori........"
rashidie hanya tau bermain satu lagu sahaja. dia belajar bermain gitar hanya demi menyanyikan lagu "yellow ledbetter" oleh pearl jam. dia sungguh bertuah, selepas sahaja berijazah, dia bertunang dan hanya menunggu masa utk berkahwin sahaja. lain plk halnya dgn jehan..jejaka kacak yg terpaksa melalui 44 cinta..tetapi itulah hakikat hidup jehan. mungkin itu adalah pengajaran atas apa yg doktrinkan sendiri.
namanya jehan mahsyur bakal sasterawan negara. sebagai yg tergolong angkatan penulis millenia, nampaknya masa hadapan adalah cerah untuknya. akan tetapi cinta tidak pernah berlaku indah terhadapnya. cinta membiarkan dia asek membelai awan dan nanti dia akan dibiarkan menjunam ke atas longgokan najis. cinta adalah himpunan haiwan comel yg bakal menjadi dia hidangan mlm mereka. cukuplah utk mlm ini. mlm ini dgn seribu tan rasa kecewa, dia tidak mahu bercinta lagi. mlm ini, esok, lusa dan sepanjang detik wujud nafasnya dia akan pastikan tiada lagi cinta hinggap dihatinya
"ya aku mahu dikenali sebagai jehan mahsyur sang pembunuh cinta"
dia adalah haiwan tirani yg mengganas di zmn jura. dia adalah gunung berapi tanpa belas memuntah debu.
"akulah ikon utk mereka yg berhati patah. revolusi ini bakal termaktub ketat dgn muka ku"
tetapi hakikatnya.....
kesunyian itu betapa ia menjerut injap jantung dan menghentikan gegupan beberapa saat. bagai dilontar disudut tidak tercatat di Pasifik. disitulah dia, tika mlm, dgn sepi dan separa gelap di kota ini, desahan resah itu melanda. sedikit demi sedikit bagai sebijik durian yg membesar dan membengkak di serebrumnya.
sewaktu zmn sekolah, daya tarikanya berada di dlm kelasnya dan kebetulan mereka sama2 dilantik sbg pengawas perpustakaan. dia sering tertunggu senyuman yg manis itu..aaaahhhh!!! pasan itu...namun tahkala ia menjadi serius, terdapat 7 org lagi rakanya yg tertarik pada wanita yg sama..
"mengapa mereka tidak tertarik pada 159 pelajar perempuan lain? sungguh popular pelajar itu"
lantas dia mengundurkan diri..jadi ketika dia melayan perasaan sendiri itu kembali dia dtg..perasaan itu dtg menyambarnya bagai petir sebelum dihentak pulak dgn sebijik trak 18 tayar, dia terpacu tanpa arah. kali itu, dia tidak mahu sekadar bersenyuman dlm hati shj. kali itu dia meluahkan rasa cinta dgn penuh pengharapan mendapat balasan drpd wanita yg dicintainya..
jawapan yg ditunggu dtg tidak lama.
"dia meminta aku menunggu dirinya. apa? apa yg harus aku lakukan?"
![]() |
| korang kena baca kisah selanjutnya |
...bersambung...

1 comment:
terbaik
Post a Comment