Q saja wat entry nie cz bila Q tgk cousin Q asek dgn dunia kartun terfikir sejenak kenapa dorg tu boleh mengilai watak kartun yg terdapat kat tv tu? sampaikan nak beli aksesori utk laptop pun mesti ada watak kartun Naruto...aik pelik jua..tengah syok baca entry kwn kat blog dia, Q ada terlihat entry pasal kartun nie dan mugkin jua cousin Q mempunyai perasaan yg sama spt mana c kwn blog nie..
************************************************************************************************************
yezza ~ Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi, gaga~ Sepi ka pula? Wowo, absolutely tidak, sesaja jak ambil tajuk lagu dari peterporn
peterpan ni, hehe. Kartun oh kartun, semestinya ramai insan yang amat
meminati komik-komik Jepun, tidak kira berapa umurnya pun, tetap cool
membacanya. Tidak kurang yang mendownload anime Jepun, dan tidak
ketinggalan menyaksikannya di kaca televisyen.
Aku? Opkoz la minat, kalau tidak minat,
tidak diriku berani untuk menimbulkan entri sedemikian rupa. Apakah
maksudku kartun Jepun sepanjang zaman di Malaysia? Oh, aku pun tidak
tahu mengapa aku letak entri begitu hendaknya, ahakz.
Anyway, secara halusnya, benda yang
ingin disampaikan adalah kartun Jepun mana yang membuat impak di
Malaysia. Well, ini sekadar pendapatku dari zaman tuaku hinggalah zaman
muda ini, apakah kartun Jepun yang nyata membuat seluruh Malaysia
terutama golongan kanak-kanak hingga remaja ter”effect” dengan begitu
dahsyat sekali. Dan sekali lagi, jom skodeng ~
Naruto, opkoz ramai minat gila dengan
kartun ni. Cerita budak musang yang makin lama makin ke kemuncaknya.
Mungkin masih lama lagi, tapi ada tanda-tanda cerita ini hampir ke
penghujungnya. Well, impak yang dibuat oleh kartun ini nyata amat
memberansangkan apatah lagi bagi golongan remaja.
Impak yang dilakukan hingga
mengembalikan sinar kartun Jepun dan seterusnya turut sama meng”up”kan
komik sebaris dengannya seperti Bleach dan One Piece. Watak yang menjadi
kegilaan terutama wanita adalah Sasuke dan juga Kakashi.
Dash! Yonkuro
Dash Yankuro? Mungkin tidaklah terkenal
sangat, tapi apa impaknya? Bukan alang-alang, siap ada pertandingan
lagi. Inilah kartun mengenai lumba kereta, yang kereta macam F1 tu. Aku
pun ada juga beli, sampai dua, tapi aku ingat satu jak, kereta Cannon
Ball, milik si gemuk atas tu.
Banyak juga kawan-kawanku time zaman
tua-tua dulu membeli mainan ni. Lepas tu macam biasalah, time rehat
bukan masa makan, tapi masa berlumba kereta, ahakz. Dari kartun ini juga
timbul kartun lain di Malaysia beteraskan konsep permainan seperti
Beyblade, dan macam-macam lagilah, aku pun lupa suda, hehe.
Yugi-Oh!
Ini lagi satu kartun Jepun yang menjadi
realiti game. Kenapa diri ini mengasingkannya dari Dash! Yonkuro? Sebab
gaya permainan yang dibawa adalah berlainan. Ceritanya bermula seorang
budak bernama Yugi yang berjaya menyelesaikan puzzle ribuan tahun.
Selepas itu, dia mendapat abiliti yang hebat untuk bermain segala macam
jenis permainan tetapi dengan menjadi Yugi yang lagi satu, yakni Yugi
yang terbit dari puzzle penuh misteri itu.
Biarpun pada mulanya banyak jenis
permainan yang ditonjolkan, akhirnya statik kepada satu permainan
sahaja, yakni permainan kad. Yezza, itulah impak sebenarnya, apabila
permainan kad yang menjadi popular berdasarkan komik ini. Kad yang macam
mana? Wowo ~
Yezza, thats what i mean it, the Yugi-oh
cards. Eh, ter”speaking” pula, ahakz. Biarpun aku baca komiknya, main
ni benda, oh, langsung tak reti, try-try main pun, pening doh. Trimas
kepada kawanku yang sudi mengajar aku main ni barang, keh keh keh.
Satria Baja Hitam
Satria Baja Hitam, biarpun hakikat
namanya Kamen Rider. Tahu-tahu jak la, bila kena translate jadi melayu,
macam-macam keluar, tendangan padu maut la, nama motorsikal jadi
Belalang Tempur, apapapun, tetap gempak.
Memang wat diriku pandai ponteng sekolah
gara-gara mahu menonton benda ini. Si jejaka Satria Baja Hitam ni
bersaing dengan Mr. Gaban masa tu, tapi wa tetap minat dengan Mr Satria
Baja Hitam dengan Belalang Tempurnya itu, ahakz.
Ultraman
Oh woo, Fire ~ Trademark Ultraman yang
tidak mungkin dilupakan. Dari dulu hingga kini, Ultraman maintain
ditayangkan di kaca Tv. Watak hero mempertahankan bumi dari serangan
raksasa durjana dengan jurus firenya, trademark lampu berkelip-kelip
tatkala ingin menamatkan riwayat musuh, dan semestinya, bantuan jet-jet
pejuang ala-ala stealth yang menembak tanpa ada effect langsung, itulah
rutin Ultraman yang kita kenal, ahakz.
Namun, kanak-kanak tetap suka tengok
hero besar ini. Well, aku tidak juga seberapa melihat ni, kecuali
Ultraman versi orang putih tu memang satu-satunya cerita yang aku menten
tengok sampai habis. Apapapun, Ultraman memang rock fire!
Pokemon
Pika pika ~ Watak comel haiwan ini yang
menimbulkan fenomena seketika di kalangan si kecil Malaysia. Adaptasi
dari kebanyakkan haiwan di dunia, ditambah perlawanan diantara
haiwan-haiwan yang unik, bukan sahaja membuat budak-budak suka menonton
ceritanya, malah pikachu digunakan untuk menjadi trademark bersaing
dengan super model yang hebat, siapa lagi kalau bukan “Hello Kitty”.
Kartun ini terkenal di Malaysia melalui
movie pertamanya, sebelum inisiatif dari stesen Tv swasta menayangkan
ceritera animenya. Dan pesaingnya? Opkos Digimon, dan bermacam-macam
jenis mon lagi di belakang tetapi tiada kaitan dengan filem Mimpi Moon.
Crayon Shin Chan
Sayalah action kamen ~ Si budak nakal
Shin chan merupakan contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak seantereo
dunia. Kemunculannya mendapat tentangan hebat di Jepun, tempat lahirnya
si Shin chan. Tetapi wataknya yang nyata mencuit hati majoriti yang
melihat telatahnya sememangnya menghiburkan. Terpulang kepada mentaliti
ibu bapa bagaimana mengawal anak mereka samada membiarkan anak mereka
menonton rancangan ini or melarangnya.
Apapapun, Shin chan tetap sempoi,
biarpun Hagemaru cuba mencelah dengan perangai peliknya, apatah lagi
dituruti oleh Fukuchan dan Asarichan, har3x~
Dragon Ball
Sebenarnya, Dragon Ball ada 7 biji
semuanya. Dari kecil hingga dewasa, Son Goku tidak pernah menghampakan.
Idea Akira Toriyama yang gila-gila ini nyata mencipta impak, bukan
sahaja di Malaysia, malah di serata dunia. Malah, cerita ini dibawa ke
layar perak, biarpun hakikatnya, filem itu tidak seberapa
memberansangkan.
Dragon Ball pasti dikenang komik hebat
abad lalu kerana sehingga sekarang, bukunya dicetak berulang kali.
Apatah lagi semasa ditayangkan di Tv 2, budak-budak asmara asrama sepertiku ini, setiap sabtu ahad, jam 9.30 pagi, memang tayangan wajib tonton woo.
Doraemon
Tajikupta, ang ang ang ~ Ini otai Dragon
Ball. Dari zaman aku belum lahir, sehingga sekarang, walaupun
hakikatnya pelukis komik ini telah pun berada di alam lain, tetap kartun
ini hidup dengan bermacam-macam alatan yang keluar.
Berpuluh-puluh filem sudah dihasilkan,
beratus-ratus episod sudah ditayangkan, entah berapa kali sudah, kartun
ini ditayang kembali di Malaysia. Inilah kartun jepun bagiku paling
sangat yang teramat power-mower effectnya terhadap Malaysia.
Biarpun watak Doraemon itu tidaklah
sehebat Pikachu mahupun Hello Kitty, tetapi masih boleh dikategori
wanted list kanak-kanak mahupun gadis-gadis di Malaysia. Serius,
Doraemon memang waka waka, gaga~










No comments:
Post a Comment