Menara Pisa, Tembok Cina, Candi
Borobudur, Taj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramid di Mesir,
inilah semua keajaiban dunia yang kita tahu.Namun sebenarnya semua itu
belum terlalu ajaib, kerana di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang
lebih ajaib lagi.
Tujuh keajaiban dunia itu adalah:
- Haiwan Berbicara di Akhir Zaman
Maha
suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai
dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah
ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan
berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercatat dalam Al-Qur’an,
surah An-Naml ayat 82,
“Dan
apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis
binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa
sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”.
Mufassir Negeri Syam, Abul Fida’ Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy memberi ulasan tentang ayat di atas,
“Haiwan
ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai
meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti
agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan
bumi.Konon khabarnya, dari Mekah, atau yang lainnya sebagaimana akan
datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang
hal itu”.[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)].
Haiwan
aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan
datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa
sallam- bersabda,
“Sesungguhnya
tak akan tegak hari kiamat,sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10
tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di Barat, gempa di Jazirah
Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbitnya
matahari dari arah Barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan
menggiring manusia”. [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Dawud
dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu
Majah dalam Sunan-nya (4041)]
- Pohon Kurma yang Menangis
Adanya
pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah -Shollallahu
‘alaihi wasallam- , mengapa sampai pohon ini menangis?
Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu ‘anhu- bertutur,“Jabir bin Abdillah -radhiyallahu ‘anhu-berkata:
“Adalah
dahulu Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- berdiri (berkhutbah)
di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami
mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut
hingga Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- turun kemudian beliau
meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut”
.[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]
Ibnu Umar-radhiyallahu ‘anhu- berkata,
“Dulu
Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam-berkhuthbah pada batang kurma.
Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar
itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi -Shollallahu ‘alaihi
wasallam- mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma
itu (untuk menenangkannya)”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (3390),
dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]
- Untaian Salam Batu Aneh
Mungkin
kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang
sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan
salam. Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya
dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya,
seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahawa ada sebuah
batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana
dalam sabdanya, Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah
-Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,
“Sesungguhnya
aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku
sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang”.[HR.Muslim
dalam Shohih-nya (1782)].
- Pengaduan Seekor Unta
Manusia
adalah makhluk yang memiliki perasaan. Dari perasaan itu timbullah
rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah,
bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun
memilikinya.
Oleh
kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki
perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada
seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi
wasallam- mengungkapkan perasaannya. Abdullah bin Ja’far-radhiyallahu
‘anhu- berkata,
“Pada
suatu hari Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- pernah
memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu
yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia.
Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk
buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. Lalu
beliau masuk ke dalam kebun laki-laki Anshar. Tiba tiba ada seekor
unta. Tatkala Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- melihatnya, maka unta
itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi -Shallallahu
‘alaihi wasallam- mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke
punuknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian
beliau bersabda,
“Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?”
Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, “Unta itu milikku, wahai Rasulullah”.
Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,
“Tidakkah
engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan
sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu
kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar”. [HR. Abu
Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100),
Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya’la dalam Al-Musnad (3/8/1),
Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala’il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh
Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]
- Kesaksian Kambing Panggang
Kalau
binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib,
maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang
berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi benar. Kisah kambing panggang
yang berbicara ini terdapat dalam hadis berikut: Abu
Hurairah-radhiyallahu ‘anhu- berkata,
“Rasulullah
-Shollallahu ‘alaihi wasallam-menerima hadiah, dan tidak mahu makan
sedekah. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan
kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah
-Shallallahu ‘alaihi wa sallam- pun memakan sebahagian kambing itu,
dan kaum (sahabat) juga makan.
Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
“Angkatlah
tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengabarkan kepadaku bahawa
dia beracun”. Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro’ bin MA’rur
Al-Anshoriy. Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- mengirim (utusan
membawa surat),
“Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?” Wanita itu menjawab,
“Jika
engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan
membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah
melepaskan manusia darimu”. Kemudian Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa
sallam- memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh.
- Batu yang Berbicara
Setelah
kita mengetahui adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban
selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita
fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus
mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah -Shollallahu
‘alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak.
Kerana
Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- tidaklah pernah berbicara sesuai
hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah
Yang Mengetahui segala perkara ghaib. Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi
wa sallam- bersabda,
“Kalian
akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara mereka
bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, “Wahai hamba Allah,
Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia”. [HR. Al-Bukhoriy
dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]
Al-Hafizh
Ibnu Hajar-rahimahullah- berkata, “Dalam hadis ini terdapat
tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati,
pohon, dan batu. Lahiriahnya hadis ini (menunjukkan) bahawa
benda-benda itu berbicara secara hakikat”.[Lihat Fathul Bari (6/610)]
- Semut Memberi Arahan
Mungkin
kita pernah mendengar cerita fiksen tentang haiwan-haiwan yang
berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita fiksen
belaka dan tentunya omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca,
sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain,
bahkan memberi arahan, layaknya seorang komandan pasukan yang
memberikan perintah. Haiwan yang memberi komando tersebut adalah semut.
Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an,
“Dan
Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: “Hai manusia, kami
telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala
sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata”.
Dan
dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung
lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila
mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut:
Hai
semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak
diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.
Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa Kerana (mendengar) perkataan semut itu dan dia berdoa:
“Ya
Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang telah
Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk
mengerjakan amal soleh yang Engkau redhoi; dan masukkanlah Aku
dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”.
(QS.An-Naml: 16-19).
Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan “Tujuh Keajaiban Dunia” yang menghebohkan, dan menghairankan seluruh manusia.
Orang-orang
beriman telah lama menyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak
zaman Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai sekarang.
Namun
memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh
kerana itu, kami mengangkat perkara itu untuk mengingatkan kembali, dan
menanamkan aqidah yang kukuh di hati umat Islam.

No comments:
Post a Comment