Wajib Tahu Dan Amalkan > Tips Solat Khusyuk

Solat tidak khusyuk?

1. Solat berjemaah (yang paling afdhal ialah di masjid) *bagi wanita sebaiknya solat di rumah secara jemaah dengan ahli keluarga wanita len

2. Menjaga makanan dan minuman supaya halal dimakan dan diminum, yang didapati daripada punca yang halal begitu juga elakkan makanan yang shubhah (yang kesamaran hukumnya seperti makanan yang dikatakan mempunyai campuran benda-benda yang haram tetapi tidak jelas. Memakan seekor semut mematikan hati 40 hari)

3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin

4. Jangan solat dengan menahan buang air besar atau air kecil dan selesaikannya terlebih dahulu atau perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.

5. Mengambil wudhu' dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau berdoa apabila air melalui tiap-tiap anggota.

6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan menghadap orang besar (apatah akan menghadap pemilik segala nyawa)

7. Solat di awal waktu. melainkan jika ada majlis ilmu atau majlis zikir, maka solat Isya' boleh dilambatkan hingga selesai majlis itu.

8. Pastikan supaya tidak ada gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati di tempat sujud

9. Mengingati mati dan kemungkinannya solat itu yang terakhir sekali dalam hidupnya.

10. Menyedari bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.

11. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.

12. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Al-Quran dan zikir

13. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, selawat kepada Nabi, istighfar dan bacaan-bacaan lain untuk menjauhkan gangguan syaitan.

14. Memandang tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat

15. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat

16. Memanjangkan masa rukuk dan sujud

17. Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita solat

18. Jangan memandang ke kiri dan kanan

19. Hendaklah memandang ke tempat sujud. 


## Indahnya Berpurdah

No comments: