Aku, Penghijrahan Dan Airmata

Assalamu'alaikum..
Aku dah lama tak update entry kat blog nie, dah bape bulan pun aku dah tak ingat.. tapi lama jugalah
ok, aku nak kongsikan tentang sesuatu yg aku rasa ia amat bermanfaat kpd kita semua..
"Tentang Aku.." di ulangi "Tentang Aku" dan Penghijrahan yang baru bermula.. dan perlu di ingatkan bahawa aku bukan nak tunjuk kat orang yg aku nie baik sangat, aku sekadar nak kongsikan apa yg tersirat dan tersurat yg selama ini aku alami..


Dimulakan cerita, aku dah lama berniat nak mendirikan sembahyang.. aku beritahu kat kawan aku tentang niat aku nie..
Kawan aku cakap, "Berubahlah selagi umur ada sebab kita tak tahu bila kematian menjemput kita dan niat nak sembahyang dan berubah tu kenalah ikhlas, dan jangan tinggalkan walau sewaktu pun.."

Tetapi niat tu hanya berlalu mcm tu je, aku masih dgn dunia aku yg meninggalkan sembahyang.. Jahilkan aku masa tu :(
Menjelang puasa tahun nie, tetiba aku rasa sesuatu yg kurang kat aku.. Aku tercari-cari apa yg aku takde..
Aku menemui jawapanya setelah mendengar azan.. Allahu Akhbar, besarnya kuasa Allah SWT kpd hambanya dan barulah aku menyedari akan kekurangan diri aku..

Setelah aku dah dibolehkan menunaikan solat dan puasa, aku melakukan solat dgn linangan airmata dan menyesali dosa-dosa yang telah aku lakukan.. Jika sebelum ini, aku hanya melakukan solat hajat diwaktu malam tetapi ia tak sama seperti mana kita melakukan solat 5 waktu dan tanggungjawab untuk menunaikan solat itu tersangatlah besar dan jika kita meninggalkan 1 waktu, perasaan bersalah dan berdosa menghantui kita

Semoga penghijrahan ini kekal sehingga ke akhir hayat dan segala dosa di ampunkan dan semua ibadat yg dilakukan di terima Allah SWT

No comments: