Ahmad Ammar : Kisahnya Mengundang Keinsafan

Kisahnya membuatkan ramai yang mengalirkan airmata keinsafan termasuklah diri ini.. Allahu Akhbar, besarnya kekuasaan MU kpd hamba-hamba MU.. Walaupun tak mengenali beliau, tetapi peribadi beliau yg elok itu yg menyedarkan aku betapa mulianya beliau di sisi Allah SWT dan Allah SWT amat mengasihinya

Pada mulanya aku tak tahu apa disebalik kisah di youtube yg di postkan oleh seorang rakan di laman facebook, dan aku menonton pemergian beliau dgn linangan airmata disaat jenazah beliau dibawak ke makam para syuhada dan solihin dan aku juga berniat sekiranya aku meninggal suatu hari nanti, aku juga nak meninggalkan dunia ini dgn amalan, keimanan dan agama Allah SWT

Disetiap solat yg aku lakukan, aku mendoakan beliau ditempatkan di syurga Allah SWT yang paling indah.. seindah peribadi beliau yg sering menjadi pujian dikalangan rakan seperjuangan dan ahli keluarga beliau

Membaca kisah kehidupan beliau di laman facebook   letsfollowammar  membuatkan aku lebih dekat untuk mengenali beliau.. Seorang yg pendiam, menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita, dan difahamkan sukar untuk ketawa.. Allahu Akhbar
Selepas megetahui siapakah beliau, aku tak boleh melelapkan mata dan aku selalu teringatkan beliau.. Keesokan paginya, usai solat subuh aku mendoakan agar beliau ditempatkan di syurga Allah SWT dan sehingga kehari ini aku masih mendoakan beliau.. Dan aku merasa lega apabila dapat mendoakan pemergian beliau di alam sana..

ammar 

Buat keluarga beliau, maaf andai nukilan ini mengundang kesedihan kpd keluarga beliau.. aku sekadar berkongsi apa yg aku rasai setelah mengenali beliau..
Semoga beliau tenang di sana disamping kekasih Allah SWT yang lain.. Amin

1 comment:

Fira hilwa said...

Dia telah membuka mata & jiwa kita semua yg membuatkan kita semua terfikir apa sumbangan kita pd dunia utk mendapatkan secebis rahmatNya di akhirat nanti? T_T