Neelofa Sedih Kerana Kalah



Pelakon cantik sensasi Neelofa telah bersedih hati kerana tidak menggondol sebarang anugerah pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian, meskipun namanya telah dicalonkan untuk tiga kategori.
Kesedihan itu tidak dapat dibendung Neelofa terutama untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular kerana khabarnya dia mengharapkan kejayaan segunung tinggi bagi kategori berkenaan.
Ramai yang berada dekat Neelofa pada majlis berkenaan telah dapat melihat air muka kesedihan aktres berkenaan yang tewas.
Pelakon kelahiran Kelantan itu juga tidak bertandang ke acara post party ABPBH 2013.
Namun apa yang pasti, Neelofa nampaknya telah menang gaya dengan gaun cantik rekaan Syaiful Baharim mengalahkan kebanyakan selebriti popular lain.
Diharap Neelofa dapat bersabar dan berusaha lebih lagi untuk tahun-tahun akan datang. Lihat saja kepada Yana Samsudin yang baru sekarang diiktiraf dengan kejayaan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular.


No comments: