Hanya Sekali Lafaz Irma Hasmie Sah Menjadi Isteri Reza Syah Azmeer


Setelah bertunang selama 3 bulan akhirnya pada tanggal 29 Jun 2012  pelakon popular Irma Hasmie  menjadi permaisuri kepada jejaka pilihannya seorang ahli perniagaan Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31
Irma Hasmie & Reza dihari pernikahan mereka
Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan suami Irma Hasmie

Pertemuan mereka bermula dengan pertemuan secara tidak disengajakan ketika menunaikan umrah di Makkah pada 14 Februari lalu dimana keluarga Rezza, 31, yang juga turut sama menunaikan ibadat umrah. akhirnya Irma dan Rezza memutuskan untuk mengikat tali pertunangan 24 Mac 2012 yang lalu.

Pelamina pernikahan Irma Hasmie dan Reza
Majlis pernikahan Irma Hasmie bersama Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan telah diadakan di Dewan Persidangan Putrajaya. Manakala persandingan akan berlangsung di MAEPS, Serdang 1Julai jam 8 malam.
Irma Hasmie bersama Ezuwan ismail pereka busana pengantinnya
Irma Hasmie di hari pernikahannya
Pada hari pernikahan, Irma mengenakan busana daripada pereka fesyen Hatta Dolmat dan majlis persandingan pula dia akan menyarungkan ilham rekaan Ezuwan Ismail.

No comments: