Hai I'm Single Dan Sekolah U, Exam Dpt 7A

mood berblog kembali lagi setelah sekian lama (tapi tak lah lama sangat jua) tak update entry..Q buzy sangat dgn kerja dan kecapek'an dong :)
masih teringat kata-kata cikgu Roduan Jaffar suatu ketika dahulu iaitu 
"zaman sekolah dan zaman alam perkerjaan adalah tidak sama dan disitulah kamu akan mengetahui sejauh mana kelebihan kamu"
bila melihat situasi skg, ramai diantara rakan sekolah yg dahulunya nakal dan selalu membuat kes kat sekolah kini telah berjaya dalam hidup mereka.. kadang terfikir jua, dulu merekalah yg selalu kaki ponteng, kaki pukul, kaki bising kat sekolah tapi kini mereka adalah seorang doktor, cikgu, askar, polis, nurse dan sebagainya.. 
TAHNIAH!!!!


kepada mereka yg masih bergelar PELAJAR tu cubalah menjadikan seseorang sebagai idola korang.. sekaranglah masanya utk korang mencabar diri korang utk menjadi seseorang yg berguna pada masa akan datang.. jgn hanya leka dgn dunia yg hanya sementara ini, banyak lagi yg perlu korang terokai.. dan jangan hanya tahu online facebook dan twitter dan post kat wall korang tentang nak cari pakwe/makwe sedangkan perjalanan hidup korang masih jauh!!!

korang dapat result 100 A++ pun belum tentu dapat menjamin masa depan korang
korang tidak akan nampak hasilnya sekarang tapi korang akan nampak apabila korang mengalaminya pada masa akan datang

No comments: