Assalamu'alaikum
Minggu lepas adalah minggu paling sedih dlm hidup Q...Perginya seorang kekasih Allah SWT menghadap penciptanya...Maha Suci Allah Swt yg hidup pasti akan mati dan yg masih bernyawa, kejarlah akhirat kerana ia kekal pasti...
Sungguh sedih kerana Q tak dpt menatap wajah arwah buat kali terakhir...apakan daya, segala usaha dah dilakukan tetapi nasib tidak menyebelahi diri Q...
Q hanya mampu berdoa utk arwah semoga dirinya ditempatkan dikalangan kekasih NYA
Sekali lagi maafkan diri ini kerana entry kali nie hanya ringkas sahaja.
Dlm masyarakat kita, amalan menziarahi kubur hanya kelihatan pada bulan Ramadhan dan Syawal..Amalan ziarah kubur ini perlu dikekalkan krn ia sunnah Rasulullah SAW..
Tujuan menziarahi kubur ini antaranya ialah :
- Dikasihi Allah swt krn kita mengikuti sunnah Rasulullah saw
- Mengingati asal usul kejadian manusia iaitu dr tanah dan kembali ke tanah
- Menginsafi diri tentang hari kematian
- Mengingati hari kiamat, alam kubur dgn menghisab diri sama ada akan menuju ke syurga atau neraka
- Mengambil iktibar drpd apa yg dh terjadi kepada si mati
- Supaya diri tidak tamak haloba, takbur dgn dunia dan melupakan seksaan Allah SWT
Semoga diriku dan jua diri anda sentiasa mengingati kematian kerana ia pasti akan terjadi kpd diri kita
ALLAHU AKHBAR

No comments:
Post a Comment