Awal Ashari melamar Scha Al-Yahya dalam rancangan Propaganza? Scha dilamar oleh Awal Ashaari semasa dia sedang mengacarakan program Propaganza yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen tengah hari tadi.

Suasana romantik semasa Awal Ashari melamar Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri tersebut dirakam dan ditayangkan secara langsung di kaca televisyen melalui rancangan Propaganza yang disiarkan di Astro Ria. Scha Al-yahya menitiskan air mata terharu diatas kejutan yang dibuat oleh kekasihnya itu. Awal menghadiahkan sebentuk cincin berlian, sejambak bunga ros dan patung beruang besar kepada Scha sebagai tanda lamarannya.
Awal memberitahu dia sudah lama menunggu
masa yang sesuai untuk melamar Scha dan memilih tarikh 25hb Mac sebagai
tarikh istimewa itu bersempena ulang tahun percintaan mereka yang
kedua. Jangan lupa nantikan majlis pengumuman rasmi tarikh pernikahan
mereka pada 27hb Mac nanti. Aku Blogger Sempoi mengucapkan tahniah kepada Awal dan Scha Al-Yahya. Semoga hubungan mereka berkekalan dan disatukan kelak di jinjang pelamin.AMIN

No comments:
Post a Comment