Ladies Only At All Times


Entry kali nie tentang "Wanita Sahaja Sepanjang Masa atau Ladies Only At All Times"
Pelekat Berwarna Pink Disetiap Pintu dan Tingkap Tren

Pelekat Pink Di Setiap Platform
Bagi yg tinggal atau berkerja di Semenanjung mesti korang tahu apa yg Q maksudkan nie cz korang pernah menggunakan pengangkutan awam nie utk ke tempat kerja, kolej, universiti dan untuk beriadah.. Bukan apa, dah jelas terletak pelekat merah jambu di setiap pintu dan tingkap tren dan jua kain rentang di platform tapi masih ada jua segelintir pihak yg menggunakan gerabak yg dikhususkan utk wanita. Penumpang wanita yang menaiki gerabak berkenaan kelihatan selesa kerana  tidak perlu lagi berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki dalam tren. Selain itu, ia sebagai langkah keselamatan daripada diragut dan diraba sewaktu didalam tren. Persoalannya, Dimana Kesedaran Masyarakat Kita?

Secara ringkasnya kedudukan Koc Wanita bagi setiap tren Komuter yang mempunyai tiga (3) koc (gerabak) adalah seperti berikut:

- Koc Hadapan - Koc Biasa (lelaki dan wanita)


- Koc Tengah - Koc Wanita (wanita sahaja)


- Koc Belakang - Koc Biasa (lelaki dan wanita)

Di stesen KL Sentral dan Sentul, pihat KTM menyediakan kakitangan untuk mengawasi penumpang manakala di stesen Putra, Kuala Lumpur, Bank Negara dan beberapa stesen lain yang menghala ke Sentul, KTM  akan membuat pengumuman saja berikutan dari kekurangan pekerja. Tapi masih ada jua yg tidak tahu tentang perkara ini.. Sekiranya penumpang tersebut adalah orang tua, kita boleh memaafkan mereka kerana mereka adalah golongan yg sukar utk memahami maksud yg hendak disampaikan dan faktor usia mereka dah lanjut tetapi bagi golongan belia nie yg merumitkan lagi masalah. Dan ada jua pasangan bercinta yg tak nak melepaskan pasangan mereka dan duduk bersebelahan dan ada jua yg membuat aksi yg kurang sopan sewaktu di dalam tren. Sila lihat gambar di bawah dan anda perhatikan dgn teliti dan teka jantina makhluk tersebut. Hanya mereka sahaja yg tahu dimana silapnya
Anda Pun Nak Jadi Seperti Mereka?
Kemudahan yg telah disediakan untuk keselesaan dan bukannya untuk kesesakan..Fikirkan bersama

No comments: